VAN TERBABAS: SEORANG MAUT, SEMBILAN CEDERA TERMASUK KANAK-KANAK

Sumber Gambar: Facebook

IPOH: Seorang wanita maut manakala sembilan individu cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki apabila van dinaiki terbabas dalam satu kemalangan di KM 178.7 Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) arah selatan di sini, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 6.20 petang.

“Setibanya ke lokasi pihak bomba mendapati sebuah van jenis Hiace yang dinaiki 10 orang telah terbabas akibat tayar kenderaan pecah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata semua yang cedera telah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online

Leave a Reply