Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEKERJA TERPERANGKAP DALAM RUNTUHAN TANAH DI SEKOLAH

DALAM NEGARA

PEKERJA TERPERANGKAP DALAM RUNTUHAN TANAH DI SEKOLAH

Kejadian tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan pekerja panel kontraktor Indah Water yang sedang melakukan kerja pembaikan tangki septik di sekolah berkenaan.

KOTA TINGGI: Seorang lelaki terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, kejadian tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan pekerja panel kontraktor Indah Water yang sedang melakukan kerja pembaikan tangki septik di sekolah berkenaan.

Menurut Hussin pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.40 petang tadi sebelum menghantar anggotanya ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang turut dibantu beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

“Hasil siasatan dijalankan, seramai empat orang pekerja panel kontraktor Indah Water Konsortium sedang menjalankan kerja membaik pulih loji kumbahan di sekolah tersebut.

“Semasa proses kerja dijalankan, tanah di tepi tangki loji kumbahan telah runtuh menyebabkan seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun terperangkap dan tertimbus hingga ke paras pinggang,” katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada jam 6.42 petang tadi sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar bagi menerima rawatan.

Pegawai perubatan melaporkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Tiga rakan sekerja mangsa sempat menyelamatkan diri ketika kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading