Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT DILANGGAR KENDERAAN SEMASA MELINTAS JALAN

DALAM NEGARA

WANITA MAUT DILANGGAR KENDERAAN SEMASA MELINTAS JALAN

Seorang wanita maut dilanggar kenderaan semasa melintas jalan di kilometer (KM) 7 Lebuh Raya Persekutuan, di sini tengah malam tadi.

SHAH ALAM: Seorang wanita maut dilanggar kenderaan semasa melintas jalan di kilometer (KM) 7 Lebuh Raya Persekutuan, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa berumur 33 tahun itu dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti.

“Kenderaan terbabit datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading