Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO TULAR AZAN DALAM RITUAL AGAMA BUKAN DI MALAYSIA – MCMC

DALAM NEGARA

VIDEO TULAR AZAN DALAM RITUAL AGAMA BUKAN DI MALAYSIA – MCMC

MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan berkenaan kerana dikhuatiri boleh menggambarkan konteks tidak tepat serta boleh digunakan individu atau pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan provokasi antara agama di Malaysia.

Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan dalam ritual keagamaan.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan klip video tular berdurasi 2 minit 27 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan dalam ritual keagamaan, bukan berasal dari Malaysia.

Semakan MCMC mendapati video berkenaan berasal dari luar negara yang ditularkan semula seolah-olah berlaku di Malaysia.

“Pihak MCMC menegaskan video sedemikian dilihat sebagai satu kandungan yang mengancam serta boleh mengundang ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan berkenaan kerana dikhuatiri boleh menggambarkan konteks tidak tepat serta boleh digunakan individu atau pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan provokasi antara agama di Malaysia.

MCMC turut meminta orang ramai agar tidak menokok tambah kapsyen bersifat spekulatif dan provokatif, selain diminta untuk menyalurkan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

“Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa cakna, berhati-hati dan elakkan daripada memuat naik sebarang kandungan yang boleh menyentuh sensitiviti agama demi keharmonian dalam negara,” menurut kenyataan itu.

Penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian, prejudis terhadap mana-mana kaum atau agama boleh menjadi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574), yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading