Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASUH TASKA MENGAKU TIDAK BERSALAH DERA BAYI SEHINGGA KOMA

DALAM NEGARA

PENGASUH TASKA MENGAKU TIDAK BERSALAH DERA BAYI SEHINGGA KOMA

Tertuduh, Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin, 27, didakwa menganiaya bayi tersebut sehingga menyebabkan pendarahan dalam kepala dan retak pada tempurung kepala sebelah kiri di sebuah taska.

Pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan mendera seorang bayi sehingga koma. — fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mendera seorang bayi sehingga koma.

Tertuduh, Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin, 27, didakwa menganiaya bayi tersebut sehingga menyebabkan pendarahan dalam kepala dan retak pada tempurung kepala sebelah kiri di sebuah taska, di sini, antara 1 hingga 3 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah Osman membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 16 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Media baru-baru ini melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma selepas dipercayai didera pengasuh di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Buruk di sini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata mangsa koma selepas mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan otak dan retak pada tempurung kepala. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading