Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEDAI KASUT DALAM PUSAT BELI-BELAH DI SERI KEMBANGAN TERBAKAR

DALAM NEGARA

KEDAI KASUT DALAM PUSAT BELI-BELAH DI SERI KEMBANGAN TERBAKAR

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat beli-belah itu, yang terbakar 100 peratus.

Sumber gambar: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran di pusat beli-belah di Seri Kembangan, Selangor, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat beli-belah itu, yang terbakar 100 peratus.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 33 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang terlibat dalam operasi pemadaman itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading