Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA DITAHAN PUKUL, UGUT BUNUH ANAK PEREMPUAN

DALAM NEGARA

BAPA DITAHAN PUKUL, UGUT BUNUH ANAK PEREMPUAN

“Siasatan awal mendapati suspek telah mengugut menggunakan sebilah parang pemotong daging dan memukul mangsa menggunakan tali pinggang,”

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul dan mengugut bunuh anak perempuannya berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 58 tahun yang bekerja sebagai pembantu restoran itu ditahan di Lembah Subang, Selangor pada 10.30 malam, Jumaat lepas, setelah pihaknya menerima laporan daripada remaja itu pada 1.18 tengah hari, hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mengugut menggunakan sebilah parang pemotong daging dan memukul mangsa menggunakan tali pinggang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada mangsa yang leka bermain telefon pintar hingga lewat malam selain sifat bapanya yang panas baran.

Fakhrudin berkata polis turut merampas sebilah parang pemotong daging berukuran kira-kira 33 sentimeter.

Suspek direman empat hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading