Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAKTU SUBUH DI PERAK DITAMBAH LAPAN MINIT MULAI ESOK

DALAM NEGARA

WAKTU SUBUH DI PERAK DITAMBAH LAPAN MINIT MULAI ESOK

IPOH: Waktu solat Subuh di Perak ditambah lapan minit daripada waktu sedia ada berkuat kuasa esok.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah agar waktu subuh bagi seluruh negeri menggunakan parameter 18 darjah di bawah ufuk berbanding 20 darjah di bawah ufuk sebelum ini.

Zamri berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak membuat keputusan bahawa hukum solat subuh dilaksanakan sebelum perubahan itu adalah sah dan tidak perlu diqada.

“Ditegaskan juga, perubahan ini hanya melibatkan waktu Subuh sahaja, tanpa melibatkan waktu-waktu solat yang lain,” katanya dipetik Sinar Harian dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang atau Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak bagi mendapatkan waktu solat Subuh yang terkini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading