Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA DISYAKI PUKUL SUAMI SEHINGGA MATI DIREMAN SEMINGGU

DALAM NEGARA

WANITA DISYAKI PUKUL SUAMI SEHINGGA MATI DIREMAN SEMINGGU

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di sini direman tujuh hari bermula hari ini.

Wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati di Flat Nipah, Taman Daya direman tujuh hari bermula hari ini. – Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di sini direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman hingga 22 Julai terhadap wanita berumur 36 tahun yang bekerja sendiri itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melody Woon Sze Mun di sini hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagi kes positif dadah pula, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian 7.50 pagi semalam, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga bekerja sendiri ditemukan maut dengan muka dan kepala mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul. 

Lebih sejam kemudian, polis menahan seorang wanita dipercayai isteri kepada mangsa berhampiran kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dilaporkan berkata wanita berkenaan didapati berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan ujian saringan yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading