WANITA DITAHAN KAUT JUTAAN RINGGIT “BERLAGAK” JADI EJEN IMIGRESEN
Seorang wanita yang mengaut keuntungan jutaan ringgit dengan menawarkan khidmat memperbaharui Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) kepada warga asing ditahan dalam Op Serkap di sebuah kondominium di Taman Melati Utama, Setapak, pagi semalam.
Sumber Gambar: Facebook Jabatan Imigresen WP Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengaut keuntungan jutaan ringgit dengan menawarkan khidmat memperbaharui Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) kepada warga asing ditahan dalam Op Serkap di sebuah kondominium di Taman Melati Utama, Setapak, di sini pagi semalam.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata siasatan mendapati wanita berumur 48 tahun itu bertindak seolah-olah seperti ejen Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sejak setahun lepas dengan menawarkan khidmat itu kepada warga asing dan majikan dengan harga yang tinggi iaitu bagi pendaftaran RTK membabitkan RM2,500 dan perbaharui PLKS sebanyak RM8,000 walaupun Imigresen tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk melakukan urusan berkenaan.
“Kita menjalankan risikan dan operasi selama sebulan apabila ada majikan yang membuat laporan mengenai aktiviti wanita terbabit.”
“Siasatan kita mendapati wanita ini menjalankan aktiviti tersebut dengan bantuan daripada rakannya yang dipercayai warga Bangladesh untuk mendapatkan pelanggan dan mengaut keuntungan sehingga jutaan ringgit,” katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta, di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi serbuan 11 pagi itu, tiga lelaki warga asing berusia 42 hingga 48 tahun yang sedang berurusan dengan wanita terbabit turut ditahan.
“Kita merampas antaranya 314 pasport Bangladesh, sebuah komputer, telefon bimbit, 17 keping kad CIDB dan wang tunai RM61,550,” katanya.
Syamsul Badrin berkata pihaknya turut menjalankan serbuan di premis pejabat milik wanita berkenaan di Taman Sri Rampai, Setapak pada hari sama tangkapan dibuat kira-kira 12.20 tengah hari.
Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya merampas antaranya 53 pasport Bangladesh, 198 keping kad CIDB, tujuh buku rekod bayaran, lapan fail syarikat dan tiga keping lesen syarikat.
Beliau berkata wanita dan tiga lelaki warga asing itu, kini berada dalam tahanan dan disiasat mengikut Akta Pasport 1959/63.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.