DALAM NEGARA
WANITA PANDU KERETA SECARA BERBAHAYA DI BANGI DITAHAN
Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam.
Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini semalam.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 26 tahun itu bersama seorang penumpang lelaki berusia 38 tahun berjaya ditahan di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi dengan bantuan beberapa kenderaan peronda polis.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan telah membawa kepada penemuan hablur kristal dianggarkan seberat 2.1 gram dipercayai dadah jenis syabu.
“Ujian air kencing terhadap pemandu dan penumpang kereta berkenaan mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine, selain kedua-dua mereka mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Zaid berkata insiden yang tular di sosial media itu bermula selepas suspek bertindak memecut kenderaan dipandunya sebaik diarahkan berhenti oleh pasukan peronda polis setelah dikesan mencurigakan di Jalan Kajang Utama.
Menurutnya suspek yang memandu secara berbahaya ketika cubaan melarikan diri itu turut merempuh palang tol di Plaza Tol Sungai Ramal dan mengakibatkan beberapa kenderaan awam dan sebuah kereta peronda rosak.
Menurut Mohd Zaid kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 24 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(3) / 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Polis menyerbu sebuah premis pengedaran makanan sejuk beku di Skudai, Johor hari ini kerana disyaki menyimpan...
Orang ramai diminta untuk tidak hilang kepercayaan terhadap majlis agama Islam negeri-negeri susulan isu penyelewengan dana...
Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan dan sitaan bernilai RM1.95 juta menerusi serbuan ke...
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Iran bagi memastikan dua kapal tangki milik Malaysia yang membawa bekalan bahan...
Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.