Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT LANGGAR TONG SAMPAH

DALAM NEGARA

WANITA MAUT LANGGAR TONG SAMPAH

Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka melanggar sebuah tong sampah yang diletakkan di tepi Jalan Kampung Delek, di sini semalam.

Tangkap layar dari video tular di media sosial.

KLANG: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka melanggar sebuah tong sampah yang diletakkan di tepi Jalan Kampung Delek, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, mangsa, Nurul Fazira Abdullah, 21, bersama rakannya dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Kampung Delek, kira-kira 7.40 petang.

@beritaalhijrah114

Penunggang motosikal maut, motosikal dinaiki langgar tong sampah di tepi Jalan Kampung Delek, Klang #beritaalhijrah #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #motosikal #klang #maut

♬ original sound – Berita Alhijrah – Berita AlHijrah

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dan rakannya telah berlanggar dengan tong sampah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berada di bahu sebelah kiri jalan.

“Mangsa (Nurul Fazira) tidak dapat mengawal motosikal jenis Modenas ditunggangnya sebelum terbabas,” katanya, hari ini.

Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng perempuan berusia 13 tahun dilapor mengalami kecederaan di tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Katanya, kemalangan yang berlaku mengakibatkan motosikal mangsa rosak dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh hubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Yunos Abd Rahim di talian 011-25300305,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Wanita Maut Langgar Tong Sampah Di Tepi Jalan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading