Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WUJUD “KACANG HANTU” DI JPN, IMIGRESEN, KATA AHMAD ZAHID

DALAM NEGARA

WUJUD “KACANG HANTU” DI JPN, IMIGRESEN, KATA AHMAD ZAHID

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pernah menerajui  Kementerian Dalam Negeri (KDN)  hari ini tidak menafikan wujudnya “kacang hantu” dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen (JIM) yang mencemarkan nama baik jabatan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini. – Bernama

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pernah menerajui  Kementerian Dalam Negeri (KDN)  hari ini tidak menafikan wujudnya “kacang hantu” dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen (JIM) yang mencemarkan nama baik jabatan berkenaan.

 Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata “kacang hantu” itu perlu dibanteras kerana tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan jabatan itu menerima tuduhan yang tidak benar.

 Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata adalah tidak wajar dan adil untuk melakukan tuduhan secara rambang terhadap kedua-dua jabatan tersebut tanpa siasatan terperinci. 

“Saya pernah berada di kementerian itu dan dua jabatan ini banyak mendapat tuduhan rambang, jadi untuk mengelakkan perkara tersebut Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengambil langkah supaya siasatan dijalankan,” katanya.

“Cukup adil jika siasatan dapat dilakukan untuk melakukan pencerahan. Jika ia benar mesti diperbaiki, jika ia tidak benar mesti dilakukan pencerahan,” katanya lagi.

Namun, kata Ahmad Zahid yang penting sekarang adalah keberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan kewujudan “kacang hantu” itu daripada menjadi berleluasa.

Anwar semalam dilaporkan berkata JIM dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading