Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YADIM ANJUR SESI BEDAH BUKU TULISAN PERDANA MENTERI SEMPENA ISRAK MIKRAJ

DALAM NEGARA

YADIM ANJUR SESI BEDAH BUKU TULISAN PERDANA MENTERI SEMPENA ISRAK MIKRAJ

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan sesi bedah buku ‘Keadilan Untuk Orang Bersolat’ yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Israk Mikraj.

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan sesi bedah buku ‘Keadilan Untuk Orang Bersolat’ yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Israk Mikraj.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Zamri Zainal Abidin berkata sesi tersebut adalah sebahagian daripada pengisian Program Israk Mikraj 1446H: Solat Anugerah Teragung Untuk Ummah – Keadilan Untuk Orang Bersolat yang diadakan serentak di 24 lokasi seluruh negara bagi memperingati peristiwa bersejarah umat Islam itu.

Beliau berkata program itu juga bertujuan mendidik masyarakat, terutamanya golongan muda tentang kepentingan ibadah solat dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada pembangunan negara.

“YADIM mahu menanamkan keinginan melaksanakan ibadah ini dengan sebaiknya dalam kalangan para peserta sejak mereka kecil lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata penganjuran program ini selaras dengan tema ‘Islam Mekar Di Bumi Malaysia’ dibawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang menekankan kerjasama dan tanggungjawab setiap agensi dalam meninggikan syiar Islam.

Antara pengisian lain bagi program tersebut di setiap lokasi termasuk sesi tahsin ibadah solat dan ceramah. 

Peristiwa Israk dan Mikraj yang akan disambut esok merupakan peristiwa yang mana kewajiban melaksanakan solat lima waktu difardukan kepada umat Islam. Selain itu, Nabi Muhammad SAW diberi kesempatan untuk menyaksikan kebesaran Allah SWT, setahun sebelum baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading