Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YAMAN LANCAR KEMPEN IMUNISASI POLIO SASAR 5.5 JUTA KANAK-KANAK

DUNIA

YAMAN LANCAR KEMPEN IMUNISASI POLIO SASAR 5.5 JUTA KANAK-KANAK

SANA’A: Pihak Berkuasa Kesihatan Yaman semalam melancarkan Kempen Imunisasi Polio yang menyasarkan 5.5 juta kanak-kanak di wilayah konflik itu.

Disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kempen itu dilancarkan di ibu kota Yaman, Sana’a dan beberapa wilayah lain.

Proses vaksinasi selama tiga hari dari rumah ke rumah itu membabitkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

“Lebih 40,000 petugas vaksin menyertai kempen polio dan vitamin A rumah ke rumah untuk mencapai sasaran lebih 5.5 juta kanak-kanak bawah lima tahun di Yaman,” kata UNICEF di Twitter.

“Semua kanak-kanak di Yaman layak untuk hidup sihat,” kata agensi PBB itu

Yaman dibelenggu dengan perang saudara sejak 2014 selepas pemberontak Houthi mengambil alih kota Sana’a dan memaksa kerajaan sah dan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi hidup dalam buangan.

Konflik terbabit menyebabkan negara Arab termiskin itu berada di ambang kebuluran dan menyebabkan pengulangan wabak merbahaya seperti taun.

Pihak PBB kini cuba menyambung semula rundingan damai antara pihak bertelagah di Yaman bagi menamatkan peperangan yang melebihi empat tahun itu. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading