Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PPZ-MAIWP SASAR KUTIP RM100 JUTA MINGGU TERAKHIR DISEMBER 2019

DALAM NEGARA

PPZ-MAIWP SASAR KUTIP RM100 JUTA MINGGU TERAKHIR DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan kutipan zakat bagi tahun ini sehingga 23 Disember lalu meningkat empat peratus kepada RM594.14 juta berbanding RM573.55 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, bagi tempoh itu, bilangan pembayar zakat juga bertambah kepada 15 peratus iaitu 196,453 pembayar zakat berbanding 169,494 pembayar zakat bagi tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyasarkan untuk mengutip RM100 juta dalam tempoh baki seminggu lagi (untuk tahun ini),” katanya kepada AlHijrah Online di PPZ-MAIWP di Cheras di sini hari ini.

Abdul Hakim berkata PPZ-MAIWP melancarkan kempen YEZ 2019 bagi menggalakkan orang ramai untuk membayar zakat pada awal bulan ini.

Beliau berkata pelbagai kemudahan disediakan antaranya melanjutkan waktu operasi kaunter PPZ sehingga jam 9 malam.

Orang ramai dinasihatkan untuk membayar zakat sebelum 31 Disember bagi mendapatkan rebat cukai taksiran bagi tahun 2019, katanya.

Mereka juga boleh membayar zakat secara online melalui portal http://www.zakat.com.my di mana pengguna boleh mengira dan menyemak zakat masing-masing.

Empat Kaunter Zakat Bergerak (KZB) juga turut dibuka di kawasan terpilih bermula pada jam 11 pagi sehingga 3 petang. – AlHijrah Online/ Amriena Rashada


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading