12 APRIL DITETAP TARIKH LIHAT ANAK BULAN RAMADAN

GAMBAR KREDIT SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan di Malaysia ditetapkan pada petang Isnin, 12 April ini bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah

Berdasarkan pemakluman Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja telah bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.

Senarai lokasi ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain itu di Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain di Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah serta Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Juga di Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan serta Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Lagi senarai lokasi ialah di Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. — AlHijrah Online

Leave a Reply