19 TENTERA REJIM SYRIA TERBUNUH DALAM SERANGAN DRON TURKI

DAMSYIK: Sekurang-kurangan 19 tentera kerajaan Syria terbunuh semalam dalam serangan dron Turki di wilayah Idlib di barat laut Syria, demikian menurut laporan badan pemerhati peperangan.

Xinhuanet melaporkan dron Turki itu menyasarkan kedudukan tentera rejim Syria di kem Jabal al-Zawiyeh dan al-Hamdiyeh di Idlib, kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Laporan terbaharu itu menjadikan sekurang-sekurangnya 93 tentera rejim Syria dan pejuang pro-kerajaan terbunuh dalam serangan yang hampir sama dalam tempoh 72 jam lalu, kata badan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu.

Terdahulu, agensi berita negeri SANA melaporkan tentera Syria menembak tiga dron Turki di Idlib. Tentera Turki pula menembak jatuh dua pesawat Syria di wilayah Idlib.

Insiden terbabit antara peningkatan kebimbangan antara Turki dan Syria.

Menteri Pertahanan Turki, Hulusi Akar semalam berkata Turki hanya menyasarkan tentera Syria di Idlib atas prinsip mempertahankan diri.

Beliau menegaskan Turki tidak berniat berdepan dengan Rusia yang juga penyokong rejim Syria.

Beliau juga menggesa Rusia untuk menggunakan pengaruhnya supaya tentera Syria menghentikan serangan di Idlib.

Tentera rejim Syria melakukan serangan besar-besaran menentang kumpulan penentang radikal di wilayah Idlib, kubu terakhir penentang kerajaan yang bersempadan dengan Turki, sejak Disember lalu.

Sekurang-kurangnya 34 tentera Turki terbunuh dalam serangan udara di Idlib pada Khamis lalu, di mana Turki menyalahkan kerajaan Syria. — Terjemahan Alhijrah Online

Leave a Reply