Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperolehi A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menunjukkan Laporan Agregat Keseluruhan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) selepas mengumumkan keputusan UPKK 2023 di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperolehi A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.
Mata pelajaran terbabit ialah Al-Quran, Ulum Syariah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Lughatul Quran, Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata 88 peratus calon mencatat lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan ialah 1.89 mata.
Beliau berkata kadar lulus bagi mata pelajaran Penghayatan Cara Hidup Islam ialah 85.7 peratus, diikuti Amali Solat (85.3 peratus), Al-Quran (72.9 peratus), Adab (45.34 peratus), Jawi dan Khat (41.56 peratus), Sirah (30.45 peratus), Lughatul Quran (22.7 peratus) dan Ulum Syariah mencatatkan 21.93 peratus.
“Suka saya nyatakan kemenjadian murid bukan diukur kepada jumlah bilangan A yang diperoleh tetapi melalui amalan dan cara hidup Islam yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan.
“Harapan kami agar murid-murid yang mengikuti kelas KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) ini akan menjadi tonggak dan permata yang akan menyemarakkan lagi syiar Islam pada masa akan datang,” katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 230,587 daripada 233,776 calon yang mendaftar bagi menduduki UPPK 2023 telah hadir menduduki peperiksaan itu di 6,173 pusat peperiksaan, berbanding 234,931 calon pada 2022.
“Sepertimana peperiksaan lain, kehadiran tidak boleh dikawal. Tetapi, apa yang kita boleh buat adalah sentiasa beri kesedaran dan penekanan kepada ibu bapa melalui penyelia di negeri untuk bertindak. Kita juga kena tambah baik kaedah pendaftaran calon pada masa hadapan,” katanya.
Mohd Na’im berkata keputusan boleh disemak secara dalam talian di https://semakan.islam.gov.my dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar maklumat tahun peperiksaan, nombor MyKad dan angka giliran ke 15888.
Semakan boleh dibuat mulai hari ini bermula 12 tengah hari manakala slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah masing-masing esok (19 April) mulai 9.30 pagi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.