COVID-19: 645 KES ATAU 22.2 PERATUS PESAKIT TELAH PULIH – KKM

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Sebanyak 108 individu telah pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah 645 kes bersamaan 22.2 peratus daripada keseluruhan kes wabak itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan hari ini berkata, setakat jam 12 tengah hari, terdapat 142 kes baharu dilaporkan.

KKM berkata ini menjadikan jumlah kes positif
COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,908 kes.

“Sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawatdi Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan dua lagi kes
kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” kata KKM.

KKM berkata kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar
belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi,” kata kenyataan KKM.

KKM berkata kes kematian kedua hari ini membabitkan ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac
2020 jam 10.46 malam.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” kata kenyataan kementerian. — AlHijrah Online

Leave a Reply