88,000 UNIT PRODUK UBAT TIDAK BERDAFTAR BERNILAI RM24 JUTA DIRAMPAS DI PULAU PINANG
Rampasan melibatkan 13 daripada 19 premis yang diperiksa termasuk kilang, gudang simpanan, premis pelabelan, pemasaran dan logistik dan siasatan awal mendapati semua premis tersebut di bawah rangkaian sindiket yang sama
BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 88,000 unit produk kesihatan tidak berdaftar termasuk ubat tradisional yang disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM24 juta, dirampas dalam serbuan di 19 premis di Pulau Pinang hari ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin berkata dalam operasi bersepadu bermula 6.45 pagi itu, pihaknya turut menahan lima lelaki termasuk dua warga Bangladesh yang kesemuanya berusia 34 dan 60 tahun hasil risikan sejak 2023 serta aduan awam.
Beliau berkata operasi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membanteras penjualan ubat tradisional tidak berdaftar disyaki mengandungi racun berjadual, sekali gus melanggar undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.
“Kami merampas 88,000 unit produk termasuk ubat tradisional tidak berdaftar, lebih 500 bungkusan bahan mentah disyaki mengandungi racun berjadual, lebih 23,000 produk separa siap, dua peranti digital dan 36 unit mesin pemprosesan ubat, termasuk mesin kapsul dan pembungkusan jalur (strip),” katanya kepada pemberita selepas serbuan di sebuah kilang di Simpang Ampat, di sini hari ini.
Beliau berkata antara produk dirampas ialah ubat tradisional Cina yang disyaki mengandungi bahan terlarang seperti steroid, paracetamol, allopurinol dan bahan lain yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952.
Fazilah berkata rampasan itu melibatkan 13 daripada 19 premis yang diperiksa termasuk kilang, gudang simpanan, premis pelabelan, pemasaran dan logistik dan siasatan awal mendapati semua premis tersebut di bawah rangkaian sindiket yang sama.
“Kebanyakan produk digunakan sebagai ubat tahan sakit dan rawatan untuk penyakit seperti gout. Siasatan kami mendapati ia dijual di pasaran dengan harga anggaran RM20 sekotak secara dalam talian dan juga kedai ubat cina,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) Mohd Zawawi Abdullah berkata siasatan mendapati kegiatan pengilangan itu beroperasi sejak 2020 dengan modus operandi mengagihkan proses pengeluaran ke beberapa lokasi berbeza bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Beliau yang turut terlibat dalam operasi itu berkata seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dikenal pasti sebagai dalang utama yang menyelaras operasi melibatkan kesemua 19 premis tersebut manakala selebihnya bertindak sebagai pekerja premis.
“Kilang ini (Simpang Ampat) yang diserbu hari ini merupakan yang terbesar dan menyumbang sebahagian besar nilai rampasan, malah sindiket itu menggunakan kilang untuk menghasilkan ubat-ubatan tersebut yang dipercayai turut dieskport ke Vietnam.
“Siasatan kami juga mendapati kilang itu tidak menghasilkan ubat-ubatan setiap hari tetapi hari-hari tertentu sahaja bagi mengelak dari dikesan pihak berkuasa,” katanya, sambil menambah kilang itu didaftarkan untuk memproses ubat-ubatan namun tidak memiliki sebarang lesen menghasilkannya.
Mohd Zawawi berkata operasi bersepadu itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KKM dalam membanteras penjualan dan pengedaran produk kesihatan tidak sah di pasaran tempatan termasuk yang dieksport ke luar negara.
Beliau berkata kesan ubat-ubatan tradisional yang mengandungi racun berbahaya itu boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman terutama buah pinggang malah berdasarkan pemeriksaan pihaknya mendapati ia menggunakan isi kandungan yang sama namun label ubat berbeza.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Seksyen 13(a) Akta Racun 1952. – Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.