PM ANWAR SETUJU UJIAN DIAGNOSTIK KEMASUKAN TAHUN SATU TIDAK DILAKSANA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal umur enam tahun mulai sesi persekolahan 2027, tidak dilaksanakan.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal umur enam tahun mulai sesi persekolahan 2027, tidak dilaksanakan.
Beliau berkata perkara itu telah diteliti termasuk kebimbangan pelaksanaan cadangan ujian diagnostik boleh memberi kesan psikologi serta bersifat diskriminatif kepada kanak-kanak.
“Cadangan awal (ujian diagnostik) itu baik sebab ada satu sistem penilaian sebelum anak masuk ke sekolah… tetapi difikirkan nanti ia jadi diskriminatif.
“Maknanya, ada anak-anak ini nak masuk darjah satu, prasekolah, (dikatakan) tidak layak, dia kurang cerdik dan sebagainya. Mungkin ada kesan psikologi. Oleh itu, ditiadakan. Itulah cadangan Menteri Pendidikan dan saya setuju ditiadakan dan dipermudahkan,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang meminta kerajaan meneliti pelaksanaan ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata ketiadaan ujian itu tidak bermakna pemantauan terhadap tahap kesiapsiagaan murid diabaikan, sebaliknya tanggungjawab tersebut perlu dipikul bersama oleh guru dan ibu bapa melalui aspek pemerhatian berterusan.
Sementara itu, beliau menegaskan matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan kanak-kanak berusia enam tahun mendapat ruang pembelajaran yang optimum.
Anwar berkata meskipun terdapat gesaan supaya kemasukan ke Tahun Satu seawal umur enam tahun ditangguhkan atas pelbagai kebimbangan, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam arus pendidikan global dengan 137 negara telah melaksanakannya.
Beliau berkata tambahan RM800 juta akan diperuntukkan dalam belanjawan tahun ini bagi memenuhi keperluan segera termasuk pengambilan 18,000 guru baharu.
“Memang benar, saya tak nafikan kalau ikut Kementerian (Pendidikan) pada peringkat awal, dia kata boleh tak kita tangguh setahun lagi. Saya fikir agak berbeda, saya kata kalau kita tangguh setahun lagi, anak-anak kita itu rugi setahun.
“Anak-anak kita generasi sekarang tak seperti dulu, umumnya mereka jauh lebih dewasa, lebih pintar, lebih peka…jangan kita fikir guna tahap pemikiran kita yang lama, memang kita rasa tak boleh. Tapi anak-anak kita jauh lebih pintar, yang penting, beri pendedahan kepada mereka,” katanya.
Berhubung isu kesesakan sekolah, Anwar yang pernah menjawat Menteri Pelajaran dari 1987 hingga 1990 mengakui masalah tersebut terutama di bandar, namun pelaksanaan dua sesi persekolahan boleh dipertimbangkan bagi murid prasekolah dan Tahun Satu.
Sementara itu, beliau berkata walaupun kemasukan kanak-kanak enam tahun ke Tahun Satu belum diwajibkan di peringkat awal, ibu bapa digalakkan untuk mempertimbangkannya.
Perdana Menteri berkata pendaftaran kemasukan bagi sesi 2027 akan dilaksanakan dari 15 Feb hingga 31 Mac ini, manakala kanak-kanak berusia lima tahun boleh mendaftar prasekolah secara pilihan mulai 6 April 2026.
“Itupun saya ingin menggesa sebaik mungkin semua anak-anak mendaftar. Mengapa kita beri pilihan? Kerana pada peringkat awal, kita tidak mahu ibu bapa merasakan kejutan atau paksaan. Tetapi kita sediakan ruang. Ada setahun untuk masuk ke Darjah 1,” kata beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan melaksanakan dasar itu akan menyebabkan perbelanjaan kerajaan meningkat susulan peluasan pendidikan percuma kepada kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.
“Sebab itu saya lihat Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan telah bergegas untuk melihat semua aspek ini. Aspek dana, aspek persiapan kurikulum, aspek sikap ibu bapa, itu diteliti sekarang supaya kita dapat laksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager