Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AFRIKA SELATAN MENGUATKAN SERUAN GLOBAL UNTUK TINDAKAN UNDANG-UNDANG DALAM KRISIS GAZA

DALAM NEGARA

AFRIKA SELATAN MENGUATKAN SERUAN GLOBAL UNTUK TINDAKAN UNDANG-UNDANG DALAM KRISIS GAZA

Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia dan Brunei, David E. Malcomson bercakap kepada wartawan Bernama pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya 2024 Afrika Selatan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia dan Brunei, David E. Malcomson memberitahu Bernama, usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin, sambil menekankan kepentingan langkah undang-undang antarabangsa dalam menangani isu berkenaan.

“Dalam konteks krisis yang sedang berlaku di Gaza, terutamanya dengan serangan darat yang semakin meningkat di Rafah, adalah penting untuk kita terus mendesak campur tangan antarabangsa.

“Kami akan sentiasa kembali ke mahkamah untuk meminta langkah luar biasa bagi memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan keganasan dan kemusnahan serta membenarkan akses kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Suruhanjaya Tinggi di sini.

Mengulas lanjut, Malcomson menegaskan peranan Afrika Selatan dalam menggerakkan saluran undang-undang antarabangsa juga bertujuan memastikan pematuhan undang-undang kemanusiaan dan memupuk sokongan global. 

“Semakin banyak kita membawa isu-isu ini ke ICJ dan badan-badan antarabangsa yang lain, semakin kuat tekanan ke atas Israel.

“Dengan sokongan majoriti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sokongan negara-negara seperti Malaysia dan Mesir, yang telah menyertai kes kami di ICJ, kami sedang membina satu pakatan untuk menjamin hak rakyat Palestin,” katanya.

Pesuruhjaya Tinggi itu menyatakan bahawa penglibatan Afrika Selatan tidak terhad kepada tindakan undang-undang di ICJ tetapi juga melibatkan penyertaan dalam kes-kes di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan advokasi berterusan di PBB.

Pada 16 Mei, Afrika Selatan telah menggesa ICJ untuk mengambil langkah kecemasan tambahan bagi memerintahkan Israel menghentikan serangan di Rafah, kawasan seluas 64 kilometer persegi yang padat dengan lebih 1.4 juta rakyat Palestin yang mencari perlindungan daripada serangan rejim ke atas wilayah tersebut dan memudahkan akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ini adalah permintaan ketiga untuk langkah tambahan yang dibawa oleh Afrika Selatan sejak langkah sementara awal yang diberikan oleh ICJ pada 26 Jan 2024. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading