Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SERANGAN BALAI POLIS: JAINJ TINGKAT PEMANTAUAN AJARAN SESAT

DALAM NEGARA

SERANGAN BALAI POLIS: JAINJ TINGKAT PEMANTAUAN AJARAN SESAT

Kerajaan negeri menyedari kerisauan masyarakat berhubung penyebaran ajaran sesat yang dikhuatiri berisiko memesong akidah dan mengancam keselamatan

Mohd Fared Mohd Khalid

FotoBERNAMA

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram susulan insiden serangan di balai polis Ulu Tiram, Jumaat lepas.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kerajaan negeri menyedari kerisauan masyarakat berhubung penyebaran ajaran sesat yang dikhuatiri berisiko memesong akidah dan mengancam keselamatan. 

“Saya pasti dengan kerisauan masyarakat kita akan bagi tumpuan tambahan, tak bermaksud di daerah lain kita kurangkan pemantauan dan tumpuan. Kita juga mendapat laporan awal daripada PDRM bahawa laluan ke tempat perumahan suspek juga agak terpencil, jadi saya kira ini juga mesti kita gerakkan dengan ketua masyarakat setempat” 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi penggulungan persidangan dewan undangan negeri (DUN) Johor ke 15 di bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor.

Mohd Fared turut menasihatkan orang awam supaya membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor atau pejabat kadi berhampiran, jika mengesyaki berlaku penyebaran ajaran Islam yang menyeleweng di kawasan mereka – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading