Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.
SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.
Pesawat khas membawa Seri Paduka berdua dan delegasi tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 1.10 tengah hari tadi.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat ke Tanah Suci pada 21 Jun lepas.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua turut disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Istiadat menyambut keberangkatan tiba itu disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.
Menerusi catatan dalam Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya, baginda dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu dengan lancar.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini.
Titah penghargaan dan terima kasih itu dizahirkan baginda semasa pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman, di Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan Putera Mohammed di Mina pada 29 Jun lepas.
Catatan itu juga memaklumkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas kesudian menerima 31,000 jemaah Malaysia dan tambahan seramai 1,000 lagi untuk mengerjakan haji tahun ini.
“Seri Paduka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana menaja 300 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di pelbagai tahap dan bidang pengajian di Arab Saudi,” menurut catatan itu.
Al-Sultan Abdullah juga berkenan mempersilakan Putera Mohammed mengadakan kunjungan ke Malaysia.
Seri Paduka turut mendoakan agar seluruh jemaah Malaysia dikurniakan keafiatan sepanjang berada di Tanah Suci dan selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta di tanah air.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager