Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT DITIKAM BEKAS SUAMI

DALAM NEGARA

WANITA MAUT DITIKAM BEKAS SUAMI

Seorang wanita berusia 42 tahun maut disyaki ditikam bekas suaminya di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim, di Kota Bharu, awal pagi tadi.

Sumber Gambar: Facebook Kelantan State

KOTA BHARU: Seorang wanita berusia 42 tahun maut disyaki ditikam bekas suaminya di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa adalah ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara 14 hingga 24 tahun.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati terdapat 13 kesan kecederaan pada tubuh mangsa dan kejadian dikatakan berlaku sekitar 3 pagi.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah bekas suami kedua mangsa dan berpisah sejak enam tahun lepas.

“Mangsa sebelum itu pernah berkahwin dan dikurniakan tiga anak (dengan suami pertama),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Zaki berkata motif awal kejadian dipercayai akibat cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai teman lelaki dan suspek ingin mengajak agar mangsa kembali kepadanya.

Beliau berkata berdasarkan keterangan saksi, wanita itu dikatakan bertengkar dengan suspek di dalam bilik di rumah itu sebelum mendengar jeritannya.

“Selepas jeritan, mangsa dilihat keluar dari bilik dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah di ruang tamu.

“Suspek yang berusia 51 tahun kemudian berjaya ditahan tidak jauh dari rumah itu selepas polis menerima laporan daripada anak saudara mangsa yang tinggal bersama,” katanya.

Menurut Muhamad Zaki polis merampas satu pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading