Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH DUA JEMAAH HAJI MALAYSIA DIKEBUMIKAN DI MAKKAH

DALAM NEGARA

JENAZAH DUA JEMAAH HAJI MALAYSIA DIKEBUMIKAN DI MAKKAH

Jemaah lelaki yang meninggal dunia masing-masing berusia 72 tahun dari Jitra, Kedah dan 60 tahun dari Kuala Terengganu, Terengganu.

MAKKAH: Jenazah dua jemaah haji lelaki yang meninggal dunia Jumaat 30 Jun lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Syareek, Makkah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bersama pengurusan tertinggi Tabung Haji (TH) berkesempatan untuk menziarahi balu kepada dua jemaah yang meninggal dunia.

Mohd Na’im berkata, jemaah lelaki yang meninggal dunia masing-masing berusia 72 tahun dari Jitra, Kedah dan 60 tahun dari Kuala Terengganu, Terengganu.

“Semoga jenazah mereka diampuni serta dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama para solehin.

“Semoga seluruh ahli keluarga bersabar serta redha dengan ketentuan Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Na’im memaklumkan kedua-dua jemaah haji itu antara tiga individu yang tidak dibawa ke Arafah untuk berwuquf kerana berada dalam keadaan koma di hospital Arab Saudi.

Beliau turut memaklumkan 95 jemaah haji berada di pusat rawatan Tabung Haji (TH) Makkah dan 15 lagi di hospital Arab Saudi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading