ANAK PERANTAU KELANTAN TEMPUH PERJALANAN PANJANG PULANG KE IBU KOTA
Anak perantau Kelantan yang pulang semula ke ibu negara hari ini, selepas sambutan Aidiladha terpaksa menempuh perjalanan sangat panjang susulan pergerakan trafik yang perlahan.
GUA MUSANG: Anak perantau Kelantan yang pulang semula ke ibu negara hari ini, selepas sambutan Aidiladha terpaksa menempuh perjalanan sangat panjang susulan pergerakan trafik yang perlahan.
Malah perjalanan dalam negeri seperti dari Kota Bharu ke Gua Musang yang kebiasaannya mengambil masa kira-kira tiga jam menjadi lima jam akibat pertambahan jumlah kenderaan.
Pengguna jalan raya Wan Noriani Wan Abdullah, 35, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur berkata dia pulang hari ini kerana menjangkakan semalam banyak perantau sudah mula pulang ke ibu negara.
“Tetapi jangkaan saya meleset apabila tetap terperangkap dalam aliran lalu lintas yang bergerak perlahan.
“Saya bertolak dari Kota Bharu 9 pagi tadi dan hanya tiba di Gua Musang pada 2 petang. Cadangan awal nak berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Rantau Manis tetapi tempat tersebut penuh dengan perantau, jadi saya berhenti di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di R&R Mutiara, Tanah Putih, hari ini.
Tinjauan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis mendapati kenderaan yang menghala ke Kuala Lumpur semakin bertambah serta memberi kesan kepada aliran trafik, malah sejak semalam, ada perantau yang mengambil masa hingga 14 jam untuk pulang ke kota berbanding tujuh ke lapan jam kebiasaannya.
Bagi mekanik Mohd Shakirin Mohd Nasaruddin, 44, yang ingin pulang ke Setapak berkata kesesakan menyebabkan ada pemandu yang bertindak memotong barisan.
“Dekat susur masuk ke laluan utama dari arah depan Petronas Persiaran Raya Gua Musang ramai yang keliru dan tidak perasan laluan dua lorong menjadi satu lorong, jadi kenderaan banyak yang dilihat memotong barisan, tindakan itu turut membuatkan aliran trafik menjadi semakin perlahan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata bilangan kenderaan bertambah dari semalam sehingga hari ini.
“Berlaku pertambahan kenderaan dari semalam ekoran pergerakan serentak perantau ke ibu kota setelah cuti Aidiladha berakhir.
“Sejak semalam, pihak polis telah melaksanakan beberapa langkah penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager