Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGONG, RAJA PERMAISURI BERANGKAT KE MAJLIS SANTAPAN AIDILFITRI DI ISTANA NEGARA

DALAM NEGARA

AGONG, RAJA PERMAISURI BERANGKAT KE MAJLIS SANTAPAN AIDILFITRI DI ISTANA NEGARA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Dewan Santapan Utama, Istana Negara kira-kira pukul 10.10 pagi diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara menteri yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Selain itu, antara dif kenamaan yang hadir adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.

Majlis itu turut disertai perwakilan asing, antaranya dari Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Turkiye, dan Brunei.

Kira-kira 2,000 hadirin yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat serta komuniti Orang Asli turut memeriahkan majlis itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudian berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama hadirin.

Majlis santapan berkenaan dijadual berlangsung sehingga 2 petang ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading