AGONG TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID NEGARA, RAMAH MESRA DENGAN RAKYAT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, menjelang sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai nanti.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara di sini hari ini menjelang sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai nanti.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di masjid berkenaan pada 12.30 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Seri Paduka kemudian berkenan menyertai majlis bacaan surah Yasin sebelum mendengar khutbah yang disampaikan Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia DCP Datuk Ghazali Daud.
Selesai solat Jumaat yang dipimpin Ghazali, Yang di-Pertuan Agong berkenan beramah mesra, bersalaman serta swafoto dengan jemaah yang antaranya terdiri daripada anggota keselamatan sebelum berangkat meninggalkan Masjid Negara pada kira-kira 2.15 petang.
Terdahulu, dalam khutbah bertajuk ‘Mengenang Jasa Pahlawan’ itu, Ghazali mengingatkan rakyat bahawa jasa setiap pahlawan negara harus sentiasa dikenang serta dihargai kerana perjuangan dan pengorbanan mereka sama ada sebelum mahupun pascamerdeka telah mencipta ketamadunan di Malaysia.
“Para pahlawan negara telah mewariskan negara ini kepada kita untuk dijaga dengan baik. Maka, sebagai generasi hari ini, menjadi tanggungjawab kita pula untuk memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara daripada diusik oleh mana-mana anasir luar yang berniat menghancurkan negara,” katanya.
Beliau juga menasihatkan rakyat supaya tidak mengamalkan sikap individualistik dan eksklusif yang terarah kepada pengumpulan harta kekayaan dan keuntungan peribadi kerana Malaysia perlu dibina dan dipelihara bersama oleh setiap lapisan masyarakat.
“Para pemimpin bertanggungjawab menyatukan rakyat tanpa melihat perbezaan, manakala seluruh rakyat pula perlu menyahut dan mendokong usaha tersebut. Sebarang usaha provokasi dan pemecah belah masyarakat perlu dihindari dan ditepis dengan bijaksana,” katanya.
Beliau berkata mental dan fizikal golongan pemuda juga perlu dipersiapkan sesuai dengan bidang kepakaran masing-masing supaya negara dapat dibangunkan seimbang dari segenap segi tanpa mencicirkan satu sudut sekalipun.
Katanya golongan pemuda kini tidak boleh dilekakan dengan hiburan yang melalaikan, fahaman songsang, gaya hidup bebas serta amalan tidak baik.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.