Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI HAMPIR MAUT KERETA TERBABAS, TERBAKAR DI LEBUH RAYA PERSEKUTUAN

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI HAMPIR MAUT KERETA TERBABAS, TERBAKAR DI LEBUH RAYA PERSEKUTUAN

Sepasang suami isteri hampir maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar, di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Subang, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri hampir maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar, di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Subang, malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaffar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.39 malam.

Sejurus menerima panggilan, pihaknya menggerakkan anggota dan jentera ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Mitsubishi Outlander yang terbakar 90 peratus telah hilang kawalan dan terbabar melanggar pembahagi jalan.

“Pemandu lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 50 dan 45 tahun cedera namun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihaknya pada pukul 9.55 malam, katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading