Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AIDILFITRI: ALIRAN LALU LINTAS DI PINTU SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA LANCAR

DALAM NEGARA

AIDILFITRI: ALIRAN LALU LINTAS DI PINTU SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA LANCAR

Aliran trafik di dua pintu masuk sempadan negara melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat ini masih berada dalam keadaan terkawal.

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Aliran trafik di dua pintu masuk sempadan negara melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat ini masih berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata secara keseluruhan, aliran trafik di 47 lokasi titik panas kesesakan jalan raya yang dikenal pasti dalam negeri sebelum ini juga berjalan lancar.

“Johor setakat ini berada dalam keadaan aman, keadaan jalan raya juga lancar, namun petang ini, kita jangka akan ada sedikit kesesakan.”

“Sejak malam tadi, dari pemerhatian kita, termasuk di kedua-dua pintu masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri juga tiada kesesakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai keadaan aliran trafik di Johor pada sambutan perayaan Aidilfitri setakat ini, ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasminya, di sini, hari ini.

Kamarul Zaman sebelum ini dilapor sebagai berkata dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor sekali gus menjangkakan akan berlaku kesesakan luar biasa di dua pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura itu.

Beliau berkata bagaimanapun 700 pegawai dan anggota trafik akan terus membuat pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri, khususnya di kesemua 47 lokasi titik panas kesesakan, termasuk di CIQ BSI dan KSAB, serta 27 lokasi titik panas kemalangan yang dikenal pasti.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading