AKUR DAN TIDAK PERLU MEMPERSOAL HAD JEMAAH SOLAT JUMAAT – MUFTI JOHOR

(GAMBAR OLEH Mohd RASFAN / AFP)

KUALA LUMPUR: Semua ketetapan yang membabitkan hukum hakam menangani COVID-19 seperti menghadkan bilangan jemaah solat Jumaat sudah diputuskan oleh mufti-mufti dan alim ulama’ yang berautoriti di Malaysia.

Oleh itu Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad mengajak semua umat Islam untuk akur dengan ketetapan yang telah dibuat pihak berwajib demi kebaikan bersama.

“Akur dan patuhlah tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Bersama-samalah kita bermunajat dan memperbanyakkan istighfar serta berdoa kepada Allah SWT mohon wabak ini segera berakhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya mereka yang tidak terpilih berjemaah di masjid, hendaklah menunaikan solat Zohor di rumah dan tidak lagi wajib bersesak-sesak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Semua pihak katanya perlu memainkan peranan membendung wabak COVID-19 yang menular ketika ini seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

“Bersimpatilah kepada mereka di barisan hadapan dalam menangani penularan wabak ini, lebih-lebih lagi mereka yang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit-pesakit COVID-19 ini.

“Mungkin sebahagian jangkitan dan kematian yang sepatutnya boleh dielakkan akibat kedegilan kita. Jika betul ada jangkitan yg berlaku ke atas orang lain akibat daripada kelalaian dan kedegilan kita, bersediakah kita hendak menjawabnya di hadapan Rabbul Jalil di Padang Mahsyar nanti,” soalnya.

Johor sebelum ini mengumumkan kebenaran solat Jumaat dan solat fardu dilaksanakan dengan kehadiran 40 jemaah sahaja bermula 9 Februari hingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak susulan PKP.– AlHijrah Online

Leave a Reply