AL-QURAN TERJEMAHAN DALAM BAHASA DUSUN PERTAMA DILANCARKAN DI SABAH
Etnik di Sabah khususnya masyarakat Kadazandusun dan Murut yang beragama Islam kini boleh lebih memahami ayat-ayat suci al-Quran dalam bahasa ibunda melalui al-Quran terjemahan dalam bahasa Dusun.
KOTA KINABALU: Etnik di Sabah khususnya masyarakat Kadazandusun dan Murut yang beragama Islam kini boleh lebih memahami ayat-ayat suci al-Quran dalam bahasa ibunda melalui al-Quran terjemahan dalam bahasa Dusun.
Terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Dusun itu telah dicetak sebanyak 10,000 naskah dan diedarkan secara percuma.
Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS Muslim) Nicholas Sylvester berkata ia terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Dusun yang pertama di dunia dan sebanyak 50,000 naskah lagi akan dicetak yang dijangka memberi manfaat kira-kira 600,000 masyarakat KDRMS di Sabah.
Nicholas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim berkata usaha itu bermula sejak 20 tahun lalu dan idea menterjemah tercetus ketika beliau ke kawasan pedalaman untuk kerja-kerja dakwah dan terdapat ceramah yang dijalankan menggunakan bahasa Dusun.
“Kita lihat kepada keperluan dan mencari orang paling layak menterjemahkannya (al-Quran) kita jumpa (orangnya) yang bahasa Dusun paling standard digunakan dalam Radio Televsiyen Malaysia (RTM) serta ko-kurikulum pengajaran sekolah iaitu (dialek) ‘bunduliwan’,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran al-Quran terjemahan itu di sini hari ini.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad.
Nicholas berkata pasukan penterjemah bahasa Dusun diketuai oleh Dr Joseph@Yusof Gimbad, Ustaz Naim Majin, Ustaz Sulaimin Musinin dan Ustaz Esibi Lakui, sekali gus mereka juga menjadi pembantu pemudah cara untuk projek menterjemah empat bahasa etnik lain iaitu Kadazan, Murut, Rungus dan Sungai.
“Dalam proses menterjemahkan al-Quran ini, kita memberi penekanan iaitu terjemahan secara langsung daripada bahasa Arab terus kepada bahasa Dusun untuk ketepatan makna dalam bahasa Dusun,” katanya.
Beliau berkata pihaknya akan sentiasa menambah baik usaha untuk membantu kefahaman Islam yang sebenar dalam kalangan masyarakat KDMRS. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked