Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR BAYAR ZAKAT FITRAH

DALAM NEGARA

JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR BAYAR ZAKAT FITRAH

Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak ketika Aidilfitri tinggal beberapa hari lagi untuk diraikan.  

Orang ramai membantu membawa ayam yang disumbang pada Majlis Agihan Infaq Ayam Segar menjelang Aidilfitri di pekarangan Masjid Sultanah Haminah, Kampung Banggol Besi, hari ini. — fotoBERNAMA

PENDANG: Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak ketika Aidilfitri tinggal beberapa hari lagi untuk diraikan.  

Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Datuk Seri Norizan Khazali berkata kelewatan berbuat demikian memberi impak kepada jumlah kutipan yang setakat ini baharu menghampiri RM1 juta berbanding sasaran tahun ini sebanyak RM12.65 juta. 

“Kutipan zakat fitrah ini lazimnya saat akhir, orang bayar petang raya atau malam raya, jadi saya nak menyeru penduduk Kedah bayarlah cepat jangan saat akhir sangat. Kita tengok kutipan pun baru kira-kira RM1 juta, sila bayar cepat secara dalam talian atau jumpa amil di kariah masing-masing.

“Jangan lengahkan bayaran kerana sasaran kita lebih tinggi tahun ini berbanding RM12.05 juta pada tahun lepas,” katanya selepas merasmikan Program Infaq Ayam Segar kepada asnaf di pekarangan masjid Sultanah Aminah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Datuk Zakaria Othman.

Norizan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berkata orang ramai juga diminta membayar zakat fitrah kepada LZNK berbanding membayar terus kepada asnaf.

Mengenai program infaq ayam, beliau berkata ia diteruskan lagi tahun ini dengan agihan ayam sebanyak 3,332 ekor ayam bernilai RM49,980.

Menurutnya program itu memberi manfaat kepada 1,666 keluarga asnaf dengan setiap keluarga akan menerima dua ekor ayam segar sebagai persiapan sebelum Aidilfitri.

“Agihan ayam segar hari ini diserahkan kepada 30 asnaf di 50 masjid seluruh daerah Pendang dengan bantuan penolong amil yang akan menentukan mereka yang layak,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading