BAPA MEGAT ASHMAN AQIF BERLEPAS KE NEW ZEALAND MALAM INI, HASRAT BAWA JENAZAH PULANG KE TANAH AIR – DATUK
“Kami ada cadang, biarlah jenazah dikebumikan di sana kerana jika dibawa balik prosesnya rumit tetapi katanya dia mahu arwah ada ‘tanda’ di sini dan mudah untuk melawat kuburnya nanti, namun semua terserah pada keputusan dia.”
Megat Khashusaini Megat Abd.Rahman, 85, (kanan) dan Nor Hanita Meor Mohd Nor, 62, (kiri) datuk dan nenek Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, 21, pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand semalam menunjukkan potret keluarga ketika ditemui di kediaman mereka di Gunung Rapat dekat sini, pagi tadi. –fotoBERNAMA
IPOH: Datuk Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, 21, pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand semalam memaklumkan bapa penuntut itu akan berlepas ke New Zealand malam ini bagi urusan pengurusan jenazah anaknya.
Megat Khashusaini Megat Abd. Rahman, 85, berkata anaknya Megat Irman Jefni,49, ada memaklumkan hasratnya membawa pulang jenazah anaknya untuk dikebumikan di Perak namun keputusan itu belum muktamad.
“Kami ada cadang, biarlah jenazah dikebumikan di sana kerana jika dibawa balik prosesnya rumit tetapi katanya dia mahu arwah ada ‘tanda’ di sini dan mudah untuk melawat kuburnya nanti, namun semua terserah pada keputusan dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gunung Rapat di sini hari ini.
Menceritakan detik dia dan isteri diberitahu ketiadaan Allahyarham, pesara itu berkata anaknya menelefonnya meminta datang ke rumah di Meru semalam katanya ada ‘kejutan’ untuk diberitahu.
Apabila sampai ke rumah anaknya itu, anaknya terus memeluknya dan memberitahu cucunya sudah meninggal dunia.
“Saya lihat dia (Megat Irman Jefni) tetap masih menelefon Aqif walaupun sebelum itu dia telah diberitahu Aqif telah tiada, telefon Aqif masih berdering tapi tidak ada siapa yang menjawab panggilan itu,” katanya sebak.
Megat Khashusaini berkata dia difahamkan Megat Ashman Aqif berkonvoi bersama dua kenderaan lain yang terdiri rakan-rakannya sebelum kenderaan yang dipandu cucunya di belakang sekali terpisah dari kumpulan konvoi.
“Rupa-rupanya kenderaan arwah telah terlibat dalam kemalangan, difahamkan berlanggar dengan sebuah motosikal dan terbabas,” katanya.
Nor Hanita Meor Mohd Nor, 62, pula berkata Megat Ashman Aqif yang baru menyambut hari lahir pada 8 Mac lepas seorang yang periang dan akan memberitahu setiap kali keluar ke mana-mana sejak belajar di New Zealand pada Julai tahun lepas.
“Dia ada beritahu dia dapat praktikal di sebuah firma akaun di sana dan beritahu dia tidak akan balik ke tanah air sampai habis belajar, kali terakhir dia menghubungi kami kelmarin dan bertanya berbuka di mana,” katanya.
Megat Ashman Aqif yang merupakan anak kedua dari lima beradik seorang yang sering mengajak rakan-rakannya bersolat menurut cerita rakan-rakannya.
Cucunya itu juga merancang berkahwin di rumah datuk dan neneknya.
Sementara itu bapa Allahyarham tidak bersedia untuk bercakap dengan pemberita akibat terlalu sedih.
Semalam, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager