Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ALVIN GOH, ADDY KANNA DITAHAN DUA TAHUN

DALAM NEGARA

ALVIN GOH, ADDY KANNA DITAHAN DUA TAHUN

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR: Dalang utama kegiatan perjudian dalam talian, Alvin Goh dan Addy Kanna, bersama dua lagi anggota polis ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.

Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis.

Manakala Addy Kanna atau Mohd Zaidi Kanapiah pula ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah sementara seorang lagi anggota polis dari Kontinjen Selangor ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

Hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, pada 25 dan 26 November lalu.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, ketua sindiket perjudian tersebut iaitu Chen Dewei warganegara china yang ditangkap baru-baru ini didapati memiliki rekod dikehendaki di negaranya. 

Huzir berkata Chen Dewei ditangkap bersama enam lagi individu termasuk lima warga china serta seorang warga tempatan.

“Mereka kini dalam tahanan reman mengikut Seksyen 4 (2)(a) dan akan dihadapkan ke Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) 8 Januari depan selepas tamat reman selama 38 hari,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Setakat ini seramai 130 individu ditahan dalam Ops Dadu Centre yang dilancarkan  pihak polis dengan 87 daripadanya dikenakan reman mengikut Seksyen 4(2)(a) iaitu selama 38 hari.

Menurut Huzir seramai 19 individu kini dalam siasatan POCA dan 13 telah dibebaskan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading