Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JURUTEKNIK TNB MAUT DIGILIS

DALAM NEGARA

JURUTEKNIK TNB MAUT DIGILIS

PUNCAK ALAM: Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ahmad Anwar Raspan, 34 tahun, maut digilis kenderaan berat selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Puncak Alam menghala ke Meru.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi tadi dan mangsa yang menunggang motosikal jenis skuter Honda dalam perjalanan ke tempat kerja.

Mangsa dipercayai dihimpit sebuah kereta sebelum terjatuh dan digilis lori yang tidak sempat untuk berhenti sepanjang 10 meter.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Klang untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, kenderaan yang dipercayai menghimpit mangsa disyaki melarikan diri.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh memaklumkan di balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading