Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANAK BEKAS MENTERI AGAMA MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ANAK BEKAS MENTERI AGAMA MENINGGAL DUNIA

Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, meninggal dunia pada jam 5.22 pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, meninggal dunia pada jam 5.22 pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, jenazah anaknya Hammad Zulkifli yang berusia 22 tahun akan disolatkan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz Universiti Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, pada pagi ini.

“Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.

“Air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Zulkifli turut berterima kasih kepada semua yang membantu menguruskan Hammad dari awal hingga urusan ke liang lahad serta memohon maaf atas kesilapan dan kesalahan sepanjang hidup anaknya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading