Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK MAUT: TIADA TALIAN TERPUTUS DARIPADA TIANG TNB

DALAM NEGARA

DUA BERADIK MAUT: TIADA TALIAN TERPUTUS DARIPADA TIANG TNB

“TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa.”

KUALA LUMPUR: Siasatan awal Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati tidak berlaku talian (wayar) terputus daripada tiang TNB dan terjatuh di atas bumbung rumah dua beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, pada Jumaat.

Justeru, TNB dalam kenyataan hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa berlaku hal sedemikian dan memaklumkan syarikat itu dan ST sedang menyiasat insiden berkenaan.

“TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu wakil TNB turut menziarahi keluarga mangsa dan menyerahkan sumbangan ehsan.

Kedua beradik berusia 10 dan 9 tahun itu dilaporkan sedang mandi di dalam besen apabila terkena renjatan elektrik yang disyaki mengalir dari besi penyidai baju akibat kebocoran arus elektrik.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading