Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANAK MANGSA MH370 SANGKAL DAKWAAN GAMBAR TULAR SEBAGAI BAPANYA

DALAM NEGARA

ANAK MANGSA MH370 SANGKAL DAKWAAN GAMBAR TULAR SEBAGAI BAPANYA

Anak kepada ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014, tampil menafikan berkenaan gambar mirip dengan bapanya yang tular di media sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Anak kepada ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014, tampil menafikan berkenaan gambar mirip dengan bapanya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ia susulan tular beberapa keping gambar yang dikaitkan wajah terkini mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden pesawat tersebut.

Anak perempuan kepada ketua pramugara Andrew Nari, Maira Elizabeth Nari memaklumkan gambar yang tular itu bukanlah bapanya.

“Saya diberitahu gambar yang tular itu adalah bapa saya atau kelihatan sepertinya. Namun saya ingin menjelaskan, dia bukan bapa saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghubungi saya melalui ‘direct message’ (DM) dan ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat membalas setiap satu mesej kerana terlalu ramai,” katanya menerusi ‘InstaStory’ di Instagram, hari ini.

Ujarnya, dia menghargai orang ramai yang masih mengingati akan bapanya.

Terdahulu, misteri pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 kembali hangat selepas tular video memaparkan wajah terkini mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Video tersebut mendakwa mangsa terlibat kini berada di sebuah pulau batu karang kecil di tengah-tengah Lautan Hindi yang dinamakan Diego Garcia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading