DATUK SAUDARA REDAH MASUK UNTUK SELAMATKAN DUA BERADIK NAMUN TERHALANG KEPULAN ASAP
“Kelam-kabut semua ketika itu (termasuk ibu mangsa) bila nampak kepulan asap… saya redah masuk ke dalam rumah untuk selamatkan (kedua-dua beradik) hingga kaki terkena api sedikit tetapi asap tebal dan (keadaan di dalam rumah) gelap.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Supt Lim Jit Huey (kanan) bercakap sesuatu bersama Pegawai Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor Zull Azman Jamaludin (kiri) berikutan kejadian kebakaran yang melibatkan dua beradik rentung di Kampung Dato Sulaiman Menteri, tengah hari tadi. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Datuk saudara dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri di sini tengah hari tadi cuba menyelamatkan kanak-kanak terbabit namun terhalang oleh kepulan asap tebal.
Ismail Saad, 55, yang merupakan saksi pertama insiden malang itu, berkata dia terhidu bau hangit sebelum melihat kepulan asap keluar dari rumah mangsa yang hanya terletak bersebelahan dengan rumahnya.
Katanya dia menyewa di situ sejak dua tahun lalu manakala keluarga mangsa kira-kira empat bulan lepas.
“Kelam-kabut semua ketika itu (termasuk ibu mangsa) bila nampak kepulan asap… saya redah masuk ke dalam rumah untuk selamatkan (kedua-dua beradik) hingga kaki terkena api sedikit tetapi asap tebal dan (keadaan di dalam rumah) gelap.
“Jadi saya keluar balik, tarik paip dan pecahkan cermin tingkap untuk pancut air dari luar kerana api marak sebab ada tilam dan cadar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Ismail berkata ketika kejadian, ibu mangsa yang dikenali sebagai Nurul Ain Najihah, 20-an, berada di rumahnya manakala bapa mereka, Muhammad Fikri, 20-an, bekerja.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dua beradik itu ialah pagi tadi dan mereka kelihatan ceria seperti biasa.
Difahamkan ibu mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika cuba menyelamatkan anaknya.
Bagaimanapun, dia enggan ditemu bual ketika dipapah keluar oleh suaminya dari lokasi kejadian untuk ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Muhammad Fikri pula berkata dia mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintenden Lim Jit Huey berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersendirian di rumah kerana ibu mereka berada di rumah Ismail manakala bapa pula bekerja.
“Rumah ini dihuni pasangan suami isteri itu dan dua anak mereka, malangnya dua kanak-kanak itu terkorban dalam kebakaran. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests