Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA TDM CEDERA, TERLANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL SEMASA MENDARAT PAYUNG TERJUN

DALAM NEGARA

ANGGOTA TDM CEDERA, TERLANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL SEMASA MENDARAT PAYUNG TERJUN

Ketika melakukan pendaratan anggota secara tidak sengaja telah melanggar sebuah motosikal yang sedang ditunggang oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) mengalami kecederaan ringan selepas terlanggar seorang penunggang motosikal ketika melakukan pendaratan payung terjun di kawasan Tanjung Bidara, Melaka, Sabtu lepas.

Insiden melibatkan Koperal Mohd Zahier Zainol Abidin, 29, dari pasukan Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD (Para)) semasa melakukan Latihan Penerjunan Bebas Eksesais Eagle Swift di Zon Pendaratan (ZG) Airstrip, Kem Terendak, Melaka.

Tentera Darat memaklumkan, perubahan arah angin menyebabkan anggota tersebut terkeluar dari garis pendaratan yang ditetapkan dan terpaksa mendarat di kawasan berhampiran ZG.

“Ketika melakukan pendaratan anggota secara tidak sengaja telah melanggar sebuah motosikal yang sedang ditunggang oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Tim recovery ZG telah mengambil tindakan pantas dengan memeriksa kedua-dua pihak yang terlibat dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan dialami oleh penunggang motosikal berkenaan,” jelas satu kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat hari ini.

Kenyataan turut memaklumkan penunggang motosikal terlibat telah meninggalkan tempat kejadian sebelum sebarang kenyataan mengenai maklumat lanjut kemalangan sempat diambil.

Mangsa kemudiannya dihantar ke 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) Kem Terendak bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan mendapati hanya mengalami cedera ringan.

“TDM berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini sehingga siasatan selesai,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan anggota tentera melakukan pendaratan sehingga terlanggar seorang penunggang motosikal.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading