Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAMADAN: SEKOLAH SESI PETANG TAMAT LEBIH AWAL, SESI PAGI SEPERTI BIASA

DALAM NEGARA

RAMADAN: SEKOLAH SESI PETANG TAMAT LEBIH AWAL, SESI PAGI SEPERTI BIASA

KUALA LUMPUR: Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

Pelajar tahun satu dan pra sekolah ketika mengikuti perhimpunan pada sesi persekolahan pertama di Sekolah Kebangsaan(SK) Seri Kota Puteri 4 hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

KPM dalam kenyataan memaklumkan bahawa sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa.

“Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan beroperasi seperti biasa pada Ramadan seperti tahun sebelum ini berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022 yang sedang diguna pakai,” katanya.

“KPM mengambil serius hantaran tidak bertanggungjawab yang cuba ditularkan oleh sesetengah pihak dalam laman media sosial berkenaan pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan pada tahun ini,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan lancar, sesi petang ditetapkan bagi membolehkan murid serta guru beragama Islam dapat menunaikan ibadah bulan Ramadan dengan selesa.

“KPM menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi kementerian dan tidak terpengaruh dengan hantaran media sosial berniat jahat yang cuba untuk mengelirukan masyarakat,” menurut kenyataan itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading