Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGKA KEMATIAN DI GAZA AKIBAT SERANGAN ISRAEL MELEBIHI 46,000 ORANG

DUNIA

ANGKA KEMATIAN DI GAZA AKIBAT SERANGAN ISRAEL MELEBIHI 46,000 ORANG

Tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, yang mengakibatkan 70 orang awam terbunuh dan 104 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.

Gambar fail (AFP)

GAZA: Tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, yang mengakibatkan 70 orang awam terbunuh dan 104 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), angka kematian sejak permulaan tindakan agresif Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita. Kira-kira 109,378 orang lagi cedera.

Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya, kerana  ambulans dan pasukan pertahanan awam menghadapi kesukaran untuk melakukan misi menyelamat disebabkan serangan Israel yang berterusan, runtuhan yang banyak, serta kekurangan bahan api dan peralatan berat. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading