ANWAR TIBA DI BEIJING TERUSKAN LAWATAN RASMI KE CHINA
Anwar akan bertemu Presiden China Xi Jinping pada Jumaat, yang dijangka akan membincangkan elemen strategik hubungan dua hala dan melakar laluan untuk mengeratkan semula hubungan dalam era pascapandemik dengan mengambil kira senario antarabangsa yang semakin mencabar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Menteri Luar China, Sun Weidong di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing hari ini bagi meneruskan lawatan rasmi ke China selepas menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di Hainan. — fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Khamis untuk meneruskan lawatan rasmi tiga hari bagi memajukan kerjasama strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing.
Pesawat khas yang membawa Anwar dari Hainan, mendarat di Beijing Capital International Airport pada 4.30 petang waktu tempatan.
Beliau diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan mereka disambut Naib Menteri Luar China Sun Weidong.
Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing serta Timbalan Ketua Kedutaan Besar Malaysia di China Sanmugan Subramani
Anwar akan bertemu Presiden China Xi Jinping pada Jumaat, yang dijangka akan membincangkan elemen strategik hubungan dua hala dan melakar laluan untuk mengeratkan semula hubungan dalam era pascapandemik dengan mengambil kira senario antarabangsa yang semakin mencabar.
Beliau juga dijadual bertemu Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan China Zhao Leji.
Pada Sabtu, Anwar akan diraikan oleh Perdana Menteri China yang baharu dilantik Li Qiang dengan upacara sambutan Rasmi di Great Hall of the People dan disusuli dengan mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pemeteraian tiga MoU untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara kedua-dua kerajaan.
Selain itu, perdana menteri juga akan mengadakan sesi penglibatan dengan pelabur berprofil tinggi serta ketua industri China dan juga akan menyampaikan ucaptama di forum perniagaan Malaysia-China.
Lawatan sulung rasmi Anwar ke negara ini, sejak menjadi perdana menteri pada November lepas juga bersempena ulang tahun ke-10 penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China pada tahun ini manakala kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 tahun hubungan diplomatik pada 2024.
Lawatan itu adalah bersejarah, menurut Kementerian Luar kerana ia dijangka mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China yang pasti akan menghasilkan aliran perdagangan dan pelaburan yang lebih besar.
Selain Loke dan Nga, delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Pada 2022, jumlah perdagangan dua hala bernilai RM487.13 bilion (US$110.62 bilion), meningkat 15.6 peratus daripada 2021.
Sebelum lawatan ke ibu negara China itu, perdana menteri telah menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) di Hainan dan dalam ucapannya, beliau menekankan keperluan isu berkaitan persaingan teknologi menjadi agenda utama untuk berbincang di peringkat tertinggi, bersama-sama dengan hal-hal keselamatan dan ekonomi am.
Penganalisis optimis bahawa lawatan Anwar ke China, yang pertama oleh perdana menteri Malaysia sejak 2019 dan selepas pandemik COVID-19, akan memberi laluan kepada perdagangan dan kerjasama politik yang lebih baik antara kedua-dua negara.
Pengarah Pusat Serantau ASEAN Universiti Malaya (CARUM), Dr Rahul Mishra berkata penyertaan Anwar dalam BFA 2023 yang dianggap sebagai “Davos Asia” serta menjadi antara pemimpin asing pertama melawat China dan bertemu dengan Xi selepas pemilihan semula sebagai Presiden China untuk penggal ketiga awal bulan ini, adalah sangat penting.
“Ini terutamanya memandangkan perang perdagangan AS-China yang berterusan, konflik Rusia-Ukraine, dan gangguan yang semakin meningkat dalam perdagangan antarabangsa serta pergolakan politik antarabangsa. Memandangkan beberapa ketua kerajaan dan negara turut hadir pada forum itu, ia membantu untuk memberikan rentak dan suasana yang lebih baik tentang situasi serantau dan antarabangsa,” katanya.
Pensyarah Kanan Kajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Hoo Chiew Ping berkata memandangkan Malaysia dan China meraikan pencapaian penting dalam hubungan dua hala, lawatan Anwar adalah kesempatan untuk membentuk hala tuju bagi meningkatkan hubungan yang telah lama terjalin.
Beliau menjangkakan kedua-dua pihak akan mengambil kira kemajuan yang dicapai dalam kerjasama utama termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan berusaha mempercepatkan penyiapan projek mega bernilai RM74.96 bilion sepanjang 665 kilometer merentasi empat negeri di Semenanjung Malaysia.
Hoo berkata Anwar juga perlu merebut peluang untuk memanfaatkan Inisiatif Pembangunan Global China bagi membawa masuk lebih ramai pelabur China melabur dalam industri berorientasikan masa depan di Malaysia, seperti teknologi, ruang siber dan kecerdasan buatan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked