BUMBUNG SATU BLOK SEKOLAH SMK CHERAS JAYA RUNTUH, TIADA KECEDERAAN DILAPORKAN
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pada mulanya pihak sekolah mendapati terdapat serpihan kecil simen jatuh dari bumbung di blok berkenaan pada jam 12.40 tengah hari sebelum mengarahkan supaya bangunan itu dikosongkan.
Situasi runtuhan bumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya yang berlaku kelmarin. Tiada kecederaan dilaporkan. Hari ini Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Wong Siew Ki melihat situasi runtuhan bumbung di sekolah tersebut. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, di sini, runtuh tengah hari semalam susulan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan berkenaan sejak Januari lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pada mulanya pihak sekolah mendapati terdapat serpihan kecil simen jatuh dari bumbung di blok berkenaan pada jam 12.40 tengah hari sebelum mengarahkan supaya bangunan itu dikosongkan.
“Pada jam 1.18 tengah hari semalam runtuhan telah berlaku secara besar-besaran dan kami amat bersyukur kerana tiada guru atau murid yang berada di kawasan ini memandangkan kawasan ini merupakan tempat perhimpunan.”
“Guru besar telah melaporkan kepada Kementerian Pendidikan , Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta bomba untuk memantau keadaan dan sekarang ini kita menunggu laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di SMK Cheras Jaya, di sini, hari ini.
Lim berkata pada Januari lalu pihak sekolah telah membuat laporan kepada PPD tentang kerosakkan struktur bumbung di bangunan berkenaan dan meminta supaya penyelenggaran dilaksanakan di bangunan tersebut.
“Bulan ini, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menerima surat daripada PPD Hulu Langat di mana sekolah telah memaklumkan kerosakkan dan pihak kami telah pun bersedia untuk membuat penyelenggaraan dan jumlah yang dianggarkan adalah kira-kira RM450,000.”
“Malangnya belum sempat kita memulakan penyelenggaraan tersebut bumbung itu telah runtuh dan ini akan menjadi projek yang lebih besar.” katanya.
Menurut Lim, pihaknya akan meminta pihak JKR untuk membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas sekolah berkenaan bagi memastikan keselamatan untuk murid meneruskan pelajaran.
“Setakat ini sekolah masih menjalankan sesi persekolahan dan kerosakkan membabitkan dua kelas, makmal komputer, makmal sains dan beberapa bilik lagi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager