Akhirnya
impian Puteri Ubolratana Rajakanya kerabat diraja Thailand untuk bertanding sebagai
calon Parti Thai Raksa Chart dalam pilihanraya 24 Mac akan datang tidak
kesampaian apabila Suruhanjaya Pilihanraya Thailand menolak pencalonan beliau.
Puteri Ubolratana Rajakanya. FOTO: UTUSAN
Puteri
Ubolratana bukan kerabat diraja sembarangan kerana beliau adalah kakak kepada
Raja Thailand ketika ini iaitu Maha Vajiralongkorn. Ironisnya pembatalan calon Ubolratana
berkait dengan bantahan Vajiralongkorn sebelum ini.
Kenyataan
yang dikeluarkan oleh suruhanjaya memperincikan sebab pembatalan dengan
mengambil kira kerabat diraja seharusnya mengambil pendirian tidak menyebelahi
mana-mana parti politik iaitu berkecuali dan sepatutnya berada diluar lingkaran
dunia politik.
Perlu
ditekankan Puteri Ubolratana juga dianggap sebagai calon Perdana Menteri bagi
Parti Thai Raksa Chart mendapat sokongan padu dari Parti Pheu Thai yang
memenangi pilihanraya pada 2011 yang pada ketika itu dipimpin oleh Yingluk
Shinawatra yang kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri.
Amat
difahami mengapa penglibatan kerabat diraja dalam politik Thailand dianggap
begitu sensitif kerana negara itu mempunyai perundangan yang agak ketat untuk
melindungi kepentingan institusi diraja. Perundangan yang dikenali sebagai Lese
Majeste ini memberi peruntukan untuk menghukum mereka yang mengkritik apa jua
yang berkait dengan kerabat diraja Thailand. Sebab itu dikhuatiri penglibatan
Puteri Ubolratana akan berlawanan dengan kehendak perundangan tersebut.
Tetapi
di Malaysia penglibatan kerabat diraja dalam arena politik sudah dianggap suatu
fenomena yang begitu lumrah dan status istimewa tersebut tidak memberi halangan
seperti yang berlaku di Thailand. Malah kerabat diraja Kelantan iaitu Tengku
Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah iaitu Ahli Parlimen paling lama berkhidmat
di Dewan Rakyat adalah manifestasi bagaimana status kerabat diraja tidak
menghalang untuk beliau menceburi bidang politik.
Sumbangan
Tengku Razaleigh yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li dalam arena politik
bukan sedikit terutama terutama sekali ketika beliau menjadi Menteri Kewangan. Ku
Li juga akan dikenang sebagai kerabat diraja yang sinonim dengan syarikat
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan juga bertanggung jawab menubuhkan
parti politik Semangat 46.
Bukan
Ku Li sahaja kerabat diraja yang terlibat dalam politik kerana ramai lagi turut
juga berkecimpung dan ada juga yang dilantik dalam jawatan kabinet. Begitu jua
dengan Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, kerabat diraja Terengganu, Tengku Puteri Zahariah binti Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah yang lebih dikenali sebagai Ku Yah dari kerabat
diraja Selangor dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang kini
menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan adalah antara
kerabat diraja yang sinonim dengan politik Malaysia.
Fenomena
penglibatan kerabat diraja dalam politik adalah manifestasi keunikan sistem
monarki Malaysia dan juga keterbukaan rakyat itu sendiri yang menerima
kehadiran kerabat diraja dalam sistem politik harian. Walaupun Malaysia juga
mempunyai beberapa peruntukan perundangan yang melindungi kepentingan berkait
institusi diraja walaupun tidak seketat seperti yang dimiliki Thailand, ahli
politik kerabat diraja Malaysia ini tahu menyesuaikan keadaan.
Tidak
timbul isu ahli politik kerabat diraja mendapat keistimewaan kerana dalam dunia
politik, semua dianggap sama rata. Tidak timbul juga isu ahli politik kerabat
diraja tidak boleh dikritik kerana dalam dunia politik, kritikan dan komen sama
ada benar atau salah adalah proses lumrah dunia politik.
Berbalik
kepada isu Puteri Ubolratana yang ditegah berkecimpung dalam politik, beliau
sebenarnya telah mengistihar menjadi rakyat biasa tanpa gelaran diraja apabila
berkahwin dengan Peter Ladd Jensen pada 1972 dan dalil ini sebenarnya digunakan
beliau untuk ceburi arena politik.
Ironisnya juga tiada halangan untuk Puteri Ubolratana menceburi dunia lakonan dan kali terakhir berlakon dalam filem Thai yang bertajuk ‘My Best Bodyguard’ pada 2010 dan Neung Jai Diaokan (Keajaiban Berlaku) pada 2008 yang mana beliau memegang peranan watak utama.
*Dr Azmi Hassan adalah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.