ARAB SAUDI IKTIRAF TH PEMBIMBING HAJI TERBAIK DUNIA ISLAM
Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas usaha memberi bimbingan ibadat haji dan program kesedaran dalam aspek menjaga kesihatan kendiri, peradaban serta kepentingan kebersihan persekitaran.
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya merangkul Anugerah Labaittom daripada kerajaan Arab Saudi bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam (Best Awareness Program in the Islamic World) pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi.
Anugerah itu disampaikan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar.
Menurut Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im, Anugerah ini merupakan hadiah bermakna buat TH lebih-lebih lagi tahun ini merupakan ulangtahun TH yang ke-60.
“Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan buat negara kerana berjaya melahirkan sebuah institusi unik yang kini menjadi contoh kepada negara Islam yang lain,” katanya.
Setiap tahun, TH menganjurkan kursus-kursus haji di tanah air secara fizikal dan dalam talian dengan penglibatan lebih 500 Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA) dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) untuk membantu para jemaah.
“Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas usaha memberi bimbingan ibadat haji dan program kesedaran dalam aspek menjaga kesihatan kendiri, peradaban serta kepentingan kebersihan persekitaran,” katanya.
Antara kursus-kursus yang dianjurkan oleh TH adalah kursus asas haji, kursus intensif haji, kursus perdana haji dan kursus khas haji selain Muzakarah Haji yang diadakan setiap tahun bagi meningkatkan lagi keberkesanan bimbingan haji termasuk menambahbaik modul kursus haji.
Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang berlangsung 9 hingga 12 Januari 2023 disertai 56 buah negara termasuk Malaysia yang diwakili oleh TH.
Turut hadir semasa penyampaian anugerah tersebut adalah Pengerusi TH, Tan Sri Azman Haji Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH , Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Eksekutif Haji, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman serta pegawai TH di Arab Saudi. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests