ARAB SAUDI SAHKAN KES PERTAMA COVID-19

RIYADH: Arab Saudi mengesahkan kes pertama novel koronavirus semalam, demikian lapor Saudi Press Agency.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mendedahkan kes itu membabitkan warganya yang pulang ke negara itu dari Iran melalui Bahrain.

Kementerian berkenaan berkata pihaknya menghantar pasukan perubatan dan mengesahkan kes itu positif.

Pesakit terbabit telah diasingkan di hospital dan mereka yang mempunyai kontak dengannya menjalani ujian pengesahan jangkitan.

Kementerian terbabit juga berjanji akan mendedahkan keputusan ujian perubatan itu kemudian.

Arab Saudi mengambil langkah pencegahan membendung penularan virus itu, yang turut berlaku di negara-negara jirannya, termasuk penggantungan sementara pengeluaran visa umrah dan visa pelancong. – AlHijrah Online

Leave a Reply